Sulit
3 tahun
Jahitan selepas bersalin normal
saya wanita berumur 21 tahun. saya sudah melahirkan anak pada 42 hari yang lalu. jahitan di luar sudah kering dan ok. tetapi di dalam masih terasa sakit. dan saya keliru apa di dalam faraj saya berwarna merah sedikit bulat. pertama kali saya tengok, saya harap itu tidak membahayakan diri saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jahitan tersebut memakan masa untuk sembuh sepenuhnya. Oleh itu, anda disarankan untuk makan makanan berkhasiat, mengambil ubat sembelit jika anda mengalami sembelit, ambil ubat tahan sakit jika terlalu pedih, mengelakkan aktiviti seksual sehingga pulih sepenuhnya.
Bagi faraj merah dan bulat
- serviks yang prolaps
- polip
- fibroid
- kanser serviks (anda perlu memiliki gejala seperti pendarahan selepas bersama, hilang berat badan, haid tidak teratur, sakit sewaktu bersama suami dan macam-macam lagi)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.