
Sulit
4 tahun
Jangkitan kuman chlymidia
hi Dr, sya maw tanya, adaka penyakit chlymidia seperti sakit celah paha bawah punggung,nyeri-nyeri bawah adbomen dan tulang kemaluan berdenyut denyut, serta kaki pun ikut tidak selesa…dan kdg2 sakit pada blkg…dan bolehkah ada campuran ubat lain…contohyaa utk merawat sel sel yg rosak dlm badan,tetapi ubat sy masi ada 4 hari.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Untuk pengetahuan anda, Chlamydia merupakan penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks yang berpunca dari bakteria Chlamydia trachomatis . Walau bagaimanapun, untuk makluman anda, masalah jangkitan kelamin atau penyakit Sexually Transmitted Disease (STD) ini lazimnya terdiri dari beberapa penyakit seperti
- Gonorea,
- Klamidia
- Sifilis
- Jangkitan herpes
- Bacterial Vaginosis
- HPV
- HIV
- dan banyak lagi
Namun, gangguan anda juga boleh menandakan kondisi tubuh seperti
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Gangguan kulit
- Infeksi kutu atau kuman
- Mahupun kebersihan diri yang kurang
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak kami. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Buat sementara waktu anda disarankan untuk
- meneruskan pengubatan yang telah diberikan
- jauhi perkara yang dapat memperberat gangguan kulit anda
- segera berjumpa doktor sekiranya gejala bertambah parah
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.