Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jangkitan std herpes

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 7, 2019 9:12 AM

nurain.zariatul 12 bulan

Saya berusia 24 tahun dan saya ada herpes pada kemaluan.bagaimana saya nak hilangkan nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman pihak anda, sebelum kami memberi sebarang cadangan rawatan, kami perlu mengetahui adakah anda benar-benar menghidap jangkitan herpes atau jangkitan kelamin yang lain.

Jangkitan herpes biasanya menyebabkan gejala tumbuhnya beberapa benjolan berair yang akan pecah beserta dengan gejala lain seperti demam dan sakit badan. Jangkitan lain yang boleh memberi gejala yang seakan sama adalah sifilis yang menyebabkan luka yang dipanggil chancre pada kemaluan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi adalah herpes atau tidak serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Jul 07 2019 09:12:15 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Masalah herpes di alat sulit saya disahkan oleh doktor ada herpes @ kayap di kemaluan.telah diberi ubat antivirus.tp rasa pedih tu masih ada lagi…dalam tempoh berapa lama ia akan hilang rasa pedih tu.saya juga ada penyaki… Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Herpes luka melepuh Hi…sya lelaki brusia 24thn…pada 12/2018 mengalami kencing nanah dan ulser pada kemaluan serta luka berdarah…dah 50 biji ubt dan 1 injection tapi belum sembuh juga…akhirnya sya ke klinik lain unt… Baca lagi...
11 bulan
Sulit
Penyakit herpes type 1 Igg 24 Saya wanita berusia 39 tahun.Sudah berkahwin.Ini adalah perkahwinan kedua saya…Saya mengalami simptom sakit pada bahagian kanan perut ke bawah sehingga ke belakang…Saya telah menjalankan ujian d… Baca lagi...
5 bulan
Anonymous
Herpes di kemaluan saya Saya dh check pd hospital kerajaan…dokter cuma kasi ubat anti virus aciclovir…harini dah makan ubat utk 3 hari…tp pada kemaluan terutama sekali batang dan buah zakar masih x berubah…saya nk tanya…brp … Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Kulit pedih after kayap diatas permukaan lulit sudah kering Hai Dr… Atok saya baru lepas kena kayap dibahagian muka belah kanan… Secara fizikalnyaaa luaran kulit yang kena kayap sudah kering ikot kan sudah 30 hari beransur pulih. Tapi kenapaya yaaa kulit… Baca lagi...
40 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi