Sulit
3 tahun
Jari telunjuk kiri sakit
Saya Nurul berumur 30 tahun dan saya mengalami sakit di bahagian sendi di jari telunjuk kiri saya. Saya sudah mengalaminya semenjak 4 ke 5 bulan yang lepas. Saya xpasti samada terseliuh ataupun apa kerana tiada bengkak ataupun lebam, cuma sakit apabila digunakan secara berlebihan… saya boleh rasa macam ada benjolan sedikit di sendi jari saya. Saya harap doctor dapat mendiagnosis apa yang berlaku kepada saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi pihak kami membuat diagnosis. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Gangliion cyst
Osteoartritis (artritis yang disebabkan oleh degenerasi tulang rawan dan tulang pada sendi)
Rheumatoid arthritis (penyakit autoimun kronik yang dicirikan oleh keradangan sendi)
Fibroma
Lipoma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.