Sulit
3 tahun
Jarum perancang dan deria rasa pahit
Saya wanita berumur 23 tahun seorang suri rumah dan ada ank kecil berumur 5bulan 23hari , masalah saya , saya tidak dtg bulan dan pada masa yang sama deria rasa saya terasa pahit , saya sudah merancangg iaitu suntikan 3bulan sekali semasa anak saya dalam pantang , persoalan disini saya tidak dtg bulan dan deria rasa saya terasa pahit yang telah berlarutan tetapi pada masa yang sama saya ada masalah sakit gigi dan gigi saya bekarang ada kah ini juga punya deria rasa pahit. Dan bolehkah badan cucuk perancang boleh hamil ? Terima kasih
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Untuk makluman anda, suntikan perancang tidak akan menyebabkan anda hamil namun ia mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan perubahan hormon dan menyebabkan perubahan kitaran haid anda.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah deria rasa menjadi pahit seperti:
- Mulut kering
- Jangkitan pada gusi atau gigi
- Kaviti gigi
- Menopaus
- GERD atau refluks asid
- Jangkitan yis
- Masalah saraf
- Kesan sampingan ubat ataupun supplemen
- Jangkitan resdung atau selsema
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!