
Sulit
4 tahun
Jerawat dan parut di dahi
Saya mengalami masalah jerawat di bahagian dahi sahaja sejak 3 hari ni. Jerawat yg jenis beaar merah. Ape peelu sy buat untung hilangkan nya…jerawat sy ni meninggalkn kesan parut yg mendalam.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.