Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jika anda ingin pitam Dan muntah sepanjnag hari

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 5, 2020 1:11 AM

Sulit 2 bulan

Hi doctor. Saya Ada masalah selalu rasa nak pitam and apabila makan Saya selalu rasa nak muntah… Saya juga kadang2 rasa telinga Saya berdesing and suhu badan Saya selalu rendah… Saya juga akan berasa seberti kejang seluruh badan apabila Saya membuat pemeriksaan kesihatan apabila doctor yg bertugas perlu mengambil darah Saya. Saya akan sesak nafas and badan rasa kebas Dan kejang sehingga tidak dapat menggerakkan tangan ataupun kaki Saya…apakah masalah Saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Banyak soalan yang perlu diajukan untuk saya memahami gejala yang anda hadapi.

Akan tetapi, masalah rasa nak pengsan boleh disebabkan oleh:

Masalah telinga berdesing kebiasaannya tidak merujuk kepada masalah yang serius. Contohnya:

  • Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”

  • Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas

  • Masalah pada tulang telinga

Manakala melalui penerangan di atas, saya berpendapat anda mungkin mengalami fobia kepada jarum yang menyebabkan anda rasa sesak nafas dan kejang.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 05 2020 01:11:46 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
dhia5478
Masalah sakit di pinggang kiri beserta rasa memulas diperut, sakit kepala, mual dan kadang rasa menarik ditulang belakang Salam doktor… Soalan sy ialah adakah rasa sakit sy menunjuk kan gejala sesuatu penyakit… Hampir sminggu sy mengalami rasa sakit di pinggang kiri seperti mencucuk dan beserta rase memulas diperut sek… Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Badan lesu dan sering mual Makan rasa muntah… Actually x da rsa selera makan… Nak mual muntah je… Badan rasa lesu, rasa mengantuk je… Batuk bila rasa gatal… Sometimes kering sometimes berkahak… Baca lagi...
34 hari
Sulit
Muntah setiap kali selepas sahur dan berbuka selama 9 hari saya seorang wanita berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya muntah setiap kali selepas berbuka dan sahur. Hari sudah masuk hari ke 9. Saya tidak boleh makan dalam kuantii yang banyak atau sed… Baca lagi...
2 bulan
Anonymous
Sering loya dan mual saya seorang wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. dalam masa 2 bulan ni sy telah merasa kelainan pada diri saya iaitu sering loya dan mual. saya dalam keadaan sihat namun rasa loya dan mual tu… Baca lagi...
12 bulan
farhanmunir339
Pening dan muntah lepas bangun dari tidur Ibu sa Ya berasa pening dan mntah2 lepas bangun dari tidur secara tiba2 Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi