Anonymous
3 tahun
Kahak di dalam kerongkong
saya wanita umur 20 tahun. sekian lama saya alami kahak yang berada di dalam kerongkong. saya tidak batuk tetapi kahak ini sering menggangu. lepas tu, kenapa kepala sebelah kiri saya sakit? effect sakit tu sampai dekat kepada dan terus effect lagi dekat tulang pipi.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala byang dihadapi. Untuk makluman pihak cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sinusitis (Radang sinus)
- Jangkitan bakteria atau virus
- Alahan
Encik mungkin mengalami alahan yang menyebabkan mukosa hidung dan tekak bangkak dan berair serta ‘post-nasal drip’. Apabila mukosa di bahagian muka bengkak, lendir mukosa yang berlebihan tidak dapat disingkirkan lalu menyebabka kahak tersekat di kerongkong.
Radang sinus yang serius juga boleh menyebabkan simptom sakit kepala dan tulang pipi kerana apabila aliran sinus tersekat dan bendalir dalam sinus terus dihasilkan, tekanan rongga sinus meningkat dan menyebabkan kesakitan tersebut berdasarkan lokasi sinus. Terdapat 4 sinus di bahagian muka. Radang sinus juga boleh mengalami komplikasi jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.