Sulit

2 tahun

Kalau period boleh hamil ke

saya nak tanya, biasa nya kalau hamil masih boleh period lagi ke? saya risau saya hamil sebab tengah datang haid, tapi simptom hamil tak ada cuma perut saya buncit ataupun saya ada masalah penyakit lain ya? saya susah nak buang air besar kena minum nescafe baru boleh

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, biasanya kalau anda datang haid, period, kemungkinan kehamilan adalah rendah. Sebaliknya, sekiranya hamil, biasanya period atau haid tidak akan datang, cuma mungkin ada pendarahan ringan, spotting, ketika proses implantasi.

Tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut:

  • Tidak datang haid
  • Keletihan
  • Mual
  • Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
  • Payudara rasa pedih dan membesar
  • Sembelit
  • Kekejangan
  • Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
  • Perubahan emosi atau mood
  • Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
  • Peningkatan berat badan
  • Sakit atau pening kepala
  • Kerap membuang air kencing
  • Kesukaran untuk tidur
  • Pedih ulu hati
  • Kontraksi yang sederhana (sakit rahim)

Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan.

Untuk mengesahkan status kehamilan, beberapaujian boleh dilakukan seperti berikut:

A) Ujian kencing (UPT)
Hormon hCG dikesan melalui sama ada ujian air kencing atau darah. Ujian air kencing mungkin disediakan di klinik, tetapi ini adalah sama dengan ujian kehamilan di rumah, UPT. Semasa mengambil ujian kehamilan di rumah, baca arahan dengan teliti. Ulangi ujian selepas beberapa hari jika anda mendapat keputusan negatif dan masih tidak mendapat haid anda. Kelebihan terbesar untuk melakukan ujian jenis ini adalah mudah didapati dan murah.

B) Ujian darah
Ujian darah adalah pilihan lain. Hormon hCG boleh diukur di makmal melalui sampel darah. Hasilnya adalah tepat seperti ujian kehamilan di rumah. Perbezaannya ialah hormon hCG boleh dikesan melalui darah dengan lebih mudah, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Ujian darah boleh dibuat sebaik sahaja enam hari selepas ovulasi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan supaya mengetahui punca penyebab gejala anda, atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).
doctor-4861811_640%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)