
qiezadiyana18
5 tahun
Kebas dibahagian kepala
kebas dibahagian kepala dan muka…adakah ianya bahaya ? boleh dikatakan setiap hari saya mengalami kebas dikepala

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Aura sebelum serangan migrain
- Trigerminal neuralgia
- Sakit kepala
- Transient ischemic stroke atau strok kecil yang berlaku kepada bahagian badan. Keadaan ini sering berlaku kepada pesakit tekanan darah tinggi belum mendapat diagnosis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri punca adalah tekanan darah tinggi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.