fikzmuhtar1819
5 tahun
Keberkesanan Thypoid terhadap imunisasi badan (covid-19)
Hi assalamualaikum, saya ingin mengajukan soalan. Saya bekerja di Chemical Laboratory. Baru2 ini semua rakan sekerja di lab saya, positif covid-19 kecuali saya. Kami bekerja di ruang yang tertutup dan terhad. Bilangan pekerja di dalam lab seramai 8 orang termasuk saya. Saya telah melakukan swab test Sebanyak 2 kali dan keputusan adalah negatif di hospital kerajaan dan swasta. Sehingga kini saya mempunyai 5 contact rapat positif covid-19. Saya tertanya 2 adakah disebabkan saya mempunyai suntikan Thypoid dapat meningkatkan imunisasi badan saya? Saya juga mempunyai simptom 2 seperti batuk, selsema, sakit kepala dan sakit badan (sakit sendi).
Sekian terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang situasi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, vaksin typhoid hanya menyebabkan badan anda imun kepada bakteria Salmonella. Oleh itu, imunisasi Typhoid tidak mempunyai apa-apa keberkesanan terhadap virus COVID-19 buat masa ini kerana tiada kajian yang dijalankan untuk membuktikan keberkesanannya.
Berkenaan swab yang anda telah lakukan, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai bilakah anda membuat kedua-dua swab tersebut. Walaupun ujian swab anda negatif, ia tidak menolak kemungkinan anda mempunyai virus tersebut di dalam badan anda kerana anda perlu membuat ujian RTK dan PCR untuk menentukan sama ada anda berjangkit ataupun tidak.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Untuk makluman anda, kami menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link (Screening COVID). Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































