
Sulit
4 tahun
Kegatalan pada kulit sekitar vagina, iritasi kulit jha terjadi
Sy berumur 30 tahun, sy alami gatal2 sekitar kemaluan, kulit menjadi kering, adakah ia eczema? sy jga ad terbaca diabetes tahap 2,adakah sy mengidapnya? tona kulit jd xsekata pd bibir vagina sy, sy belom berkahwin… sy sgt tertekan dgn keadaan ini… adakah sy perlu berjumpa pakar kulit atau pakar sakit puan? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kemaluan
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan rawatan yang sewajarnya. Terima kasih