Sulit
4 tahun
Kegunaan balm analgesic
Saya wanita berumur 23 tahun, saya selalu mengalami sakit belakang. Baru baru ini saya ada membeli ubat yang mengandungi metil salisilat untuk disapu pada bahagian belakang badan saya. Adakah penggunaan ubat ini berbahaya untuk saya. Apakah yang boleh saya gunakan untuk mengubati sakit belakang selain daripada senaman?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, analgesic balm hanya bertujuan untuk menghilangkan atau melegakan rasa sakit, bukan untuk mengubati. Bagi mengubati penyebab penyakit, harus dikenalpasti terlebih dahulu penyebab sakit belakang tersebut. Secara umum, sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- masalah muskuloskeletal seperti masalah tulang belakang iaitu spondylolisthesis, slipped disc
- masalah jangkitan seperti abses epidural (bungkusan saraf di tulang belakang), peritonitis
- masalah terkait buah pinggang seperti batu karang di buah pinggang
Untuk mengenalpasti penyebab rasa sakit anda, serta ubat yang bersesuaian, silakan merujuk doktor. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.