Anonymous
6 tahun
Kehamilan atau penyakit
Saya berusia 33 thn ada seorang anak berusia 3 tahun… Period mmg teratur sebelum ni … Tp bulan jun period x dtg dh seminggu. Saya dh buat ujian UPT sebanyak 2 kali. Keputusan negetif. Soalan saya. Adakah Period x dtg disebabkan penyakit atau sbb lain… Saya ada alami selsema dan batuk & ada amik ubat dari farmasi. Perlu ke saya buat scan atau jumpa ada doktor dlm masa terdekat atau biarkan dlm satu tempoh tertentu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, haid lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain kehamilan antaranya ialah:
- Lewat fisiology (kerana pemakanan ataupun kesakitan)
- Pil kontraseptif
- Stress (fizikal dan emosi)
- Berat badan terlebih atau sangat kurang
- Sindrom Polisistik Ovari
Untuk mengenalpasti masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























