
Sulit
3 tahun
Keinginan untuk menggaru
Saya lelaki berumur 16tahun. Saya ada gunting rambut kemaluan saya kerana satya taksuka akan rambut yang macam semak tu 3 bulan yang lalu… Biasalah kan bila rasa gatal sebab bulu tu nak tumbuh semula… Sejak dari tu, saya asyik menggaru sekitar kawasan kemaluan saya sebab saya tak tahan akan rasa gatal tu… Hari hari dia menggatal, saya pun hari hari lah menggaru sehinggakan kulit saya merah dan keluar kulit sampai rasa pedih setiap kali basuh kemaluan saya atau ketika mandi. Biarpun saya dah cuba untuk tahan rasa untuk menggaru dia tapi lagi tahan taknak digaru lagi la dia menggatal… Kadang kadang bila kat public space pun dia gatal jugak saya dah taktahu nak buat macam mana…
Ada ke cara untuk hilang kan gatal tu dengan jugak cara untuk nak berhenti kan bulu kemaluan dari terus bertumbuh…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Gigitan serangga
- Kurang penjagaan kebersihan
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jangkitan penyakit kelamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.