
Sulit
4 tahun
Keluar cairan coklat sebelum waktu haid
saya berumur 21 tahun & ada masalah hormon, saya nk tanya doktor, 2/3/21 saya ada keluar cairan coklat seperti keputihan tapi bercampur warna coklat & tarikh yang sepatutnya saya period utk bulan 3 ni adalah 14-21hb boleh saya tahu adakah cairan yg keluar seperti keputihan tetapi berwarna coklat tu adalah haid yg lepas sbb bulan lepas saya lambat seminggu & doktor ada bagi ubat utk keluarkan period saya bulan lepas tarikh saya period 10-17/2/21? sbb selepas tarikh 17hb saya keluar keputihan mcm biasa cuma bermula 2/3/21 keputihan saya bercampur warna coklat saya agak runsing skrg ni sama ada saya boleh solat atau tidak.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala keputihan coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur disertai dengan keputihan coklat. Punca utama ialah:
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!