Anonymous
4 tahun
Keluar cecair bewarna coklat
Salam dr… sy ayu berumur 26tahun. Baru berkahwin 7/6 lepas. Sy nak tanya. Semalam pg ada cecair coklat keluar sikit dkt vagina sy, lepastu ptg mcmtu dia je color merah skit. Dia bukan cecair banyak pon, sy perasan pon sbb rasa tkselesa, sy try pgg dengan jari tgk color keruh mula2. Lama2 jd koko & merah sikit. Pg td sy bangjn sy try pgg dgn jari lg, dia jd koko pekat. Tu sbb nak period ke apa ek dr? Sbb period sy kan tk teratur jd susah nak detect… Pagi ni bangun perut sakit macam senggugut. Sy google smlm ada baca pasal spotting then sy try buat ujian upt, hasilnga negative
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tompokan berwarna coklat boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Haid
Jika anda mengalami Tanda-tanda kehamilan, maka anda boleh melakukan ujian upt.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta terdapat gejala lain seperti sakit bahagian ari-ari, pendarahan yang terlalu banyak, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk membuat pemeriksaan lanjut ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.