
nizar360.mn
4 tahun
Keluar Darah Coklat Pada Sehari Sebelum Period
Saya Seorang Isteri Yang Berumur 26 Tahun. Saya Menggunakan Flow Apps Untuk Period Date Saya. Ovulation Saya Pada 24/12 Dan Flow Kira Period Date Saya Jatuh Pada 9/1. Tetapi Pada 8/1, Ada Darah Berwarna Agak Coklat Merah Keluar Dan Tidak Terlalu Banyak Seperti Mana Pada Hari Pertama Saya Period Sebelum Ni. Juga Tiada Gumpalan Pada Darah Tersebut. Pada 9/1 Masih Keluar Kuantiti Yang Sama Seperti 8/1. Pada 10/1 Darah Berubah Kelihatan Agak Merah Dan Banyak Sedikit Dari Sebelum Ni, Tetapi Tidak Memenuhkan Pad. Pada 11/1 Darah Masih Merah Dan Makin Berkurang Hanya Keluar Setitik-Setitik dan begitu juga pada 12/1. Semasa 11/1 Malam Saya Ada Terasa Seperti Krem Perut Sedikit. Semasa Sebelum Keluarnya Darah Pada 8/1, Saya Tiada Rasa Seperti Mahu Period. Seperti Sebelum Ni Bila Nak Dekat Period Saya Akan Rasa Sengugut dan lain2. Tetapi Kali Ni Saya Tidak Rasakan Semua tu. Jadi Saya Ingin Bertanya Apa Maksud Seperti Yang Di-Atas?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.