
Sulit
4 tahun
Keluar nanah pda saluran kenving
Sya lelaki 20an…saya megalami kencing keluar nanah…saya rasa saluran kencing saya mula sakit sejak 4harj lepas dan keluar nanah harini…apa perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kencing bernanah.
Untuk makluman anda, kondisi sebegini merupakan tanda anda sedang mengalami beberapa penyakit seperti:
- Penyakit Jangkitan kelamin (STI)
- Sifilis
- Gonorhhea
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
Saya sangat menasihatkan anda untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan bagi menjalani pemeriksaan dan seterusnya mendapatkan rawatan daripada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.