
Anonymous
2 tahun
Kemaluan Bengkak & Gatal
Saya wanita berumur 23 tahun & masih bujang. 2 hari lepas sy telah berjumpa doktor mengenai masalah miss v sy yg gatal2 & bengkak. Keputihan sy berwarna putih seperti susu basi. Doktor mengatakan miss v sy telah dijangkiti kuman yis/fungus. Beliau telah menyarankan kepada sy untuk makan ubat fluconazole 150 mg hanya dimakan seminggu sekali. Selepas makan ubat tersebut, sy mengalami sakit perut & membuang air besar. Malah yis/fungus tersebut turut merebak ke dalam vagina sy.
Jadi sy ada empat soalan musykil :
- adakah normal sy mengalami simptom sakit perut?
- Adakah rawatan untuk masalah sy ini mengambil masa yg lama untuk sembuh?
- Adakah normal yis/fungus merebak ke dalam vagina?
- Bolehkah sy membeli krim antikulat yg dijual di farmasi tanpa konsultasi dari doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk menjawab persoalan pihak anda;
Anda berkemungkinan menghadapi masalah vaginal candidiasis iaitu jangkitan kulat dan penyakit ini adalah lazim dalam wanita seluruh dunia dan boleh merebak ke bahagian dalam vagina. Antara faktor risiko untuk candidiasis adalah
- tidak menjaga kebersihan
- sistem imun yang lemah
- peningkatan hormon estrogen
- mengandung
- penggunaaan antibiotik yang menyebabkan ketidakseimbangan bakteria asal dalam vagina
tempoh untuk sembuh adalah berbeza dalam setiap orang ada yang sembuh dalam masa seminggu dan ada juga yang mengambil masa selama 6 bulan.
Tentang pilihan ubatan, terdapat pilihan ubatan krim sapuan dan tablet untuk makan. Dalam kes jangkitan yang serius pihak perubatan akan memberikan ada tablet untuk ditelan. Namun, sekiranya anda berhasrat untuk membeli ubatan dari farmasi, pastikan anda bercakap dengan doktor dahulu.
Untuk mengetahui penyelesaian masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.