
Sulit
3 tahun
Kencing kotor dan rahim jatuh
hai doc, saya wanita 21 tahun. saya sekarang alami kencing kotor. untuk tahun ni saya dah 3 kali terkena kencing kotor. sekarang saya sakit bahagian belakang, punggung, pinggang, dan bahagian ari ari. adakah ini simptom normal utk kencing kotor?
Dan saya ada google berkaitan dengan rahim jatuh. simptom rahim jatuh dan simptom kencing kotor yang saya alami adalah sama. Adakah saya patut risau berkaitan dgn rahim jatuh? lagipun sebulan lepas saya sudah pergi scan abdomen dan doc kata rahim saya okay
Mohon penjelasan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, penyebab utama kencing kotor atau lebih dikenali dengan nama urinary tract infection (UTI) ialah jangkitan kuman pada tempat pengeluaran air kecil. Penyakit ini selalunya dihadapi oleh pihak wanita. Hal ini kerana wanita mempunyai saluran air kencing yang pendek yang memudahkan pergerakan bakteria. Bukan sahaja ia pendek tetapi sangat berhampiran dengan tempat buang air besar yang mempunyai lagi banyak kuman di sana. Kuman yang paling kerap menjangkiti tempat buang air kecil ialah Escherichia coli (E.coli).
Selain itu, kencing kotor juga boleh didapati melalui hubungan seks. Perkara ini lebih memberi kesan kepada golongan wanita daripada lelaki tetapi kekerapan meminum air dapat menghindari masalah ini.
Terdapat juga beberapa masalah lain yang menjadi penyebab UTI ini seperti pesakit yang ada masalah batu karang atau masalah pundi kencing.
Gejala kencing kotor yang perlu diawasi ialah kepedihan semasa membuang air kecil sewaktu habis buang air kecil. Selain itu, pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian bawah perut dan kekerapan rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit. Seterusnya, kencing berbau busuk, air kencing mengandungi darah dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Tambahan pula, ada sesetengah orang yang mempunyai air kencing keruh disebabkan jangkitan ini dan gejala lain adalah seperti demam dan menggigil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan