Sulit
2 tahun
Kencing sangkut2 dan pancutan pramatang
Sy lelaki berusia 30an, berat badan dalam 90kg, dan ada masalah kencing sangkut2, tak puas kencing, dan masalah rasa mudah pancut pabila kepala zakar mendapat sedikit stimulate. Masalah terjadi apabila kencing tidak lawas, rasa macam ada lagi air kencing, dan saya teran banyak kali untuk mengeluarkan titisan demi titisan. Kesannya, sebelum bersetubuh, dah rasa ura2 air mani boleh cepat keluar kerana ada rasa sangkut di hujung kepala zakar, yang menyebabkan air mani mudah keluar bila mendapat sedikit tekanan pada kepala atau stimulate. Untuk makluman, sy mempunyai masalah zakar bengkok ke kanan, dan mungkin ini juga menyebabkan masalah kencing tidak lawas
Harap dapat bantuan dan saranan dari Dr, kerana sy dah buntu macam mana cara untuk kekal tidak pancut awal demi memberikan kepuasan pada pasangan
Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.