Sulit
3 tahun
Kencing tidak lawas ketika haid hari ke 2 dah haid kehitaman sedikir
Saya berumur 34 tahun, sudah 53hari tidak haid… Bila hari ke 54 sy haid tapi kehitaman… Kemudian, kencing tidak lawas… Knp
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, kencing tidak lawas adalah rasa kencing yang tak puas dan seperti masih ada air kencing yang belum habis dikeluarkan. Manakala masalah yang anda alami adalah, kerap kencing yang boleh disebabkan oleh:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat bagi lelaki
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Manakala gejala yang merujuk kepada jangkitan saluran air kencing adalah seperti:
- Sakit semasa membuang air kecil
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kerap rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit
- Kencing berbau busuk
- Air kencing mengandungi darah
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Air kencing keruh
- Demam dan menggigil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini sangat menggangu anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.