Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kepala berdenyut dan pedih hulu hati

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: April 30, 2020 6:37 AM

Sulit 2 bulan

Saya lelaki 39 thn.bahagian belakang sebelah kiri kerap sangat berdenyut.dan sekarang ni pulak hulu hati saya rasa pedih…bila saya telan makanan akan rasa sakit dari tekak ke bulu hati.rasa macam tercekik…saya cuba minum air suam tetapi sakit dia memang terasa sangat.rasa pedih

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:

  • Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)

  • Migrain

  • Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)

  • Sakit kepala sinus(Sinus headache)

Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur
  • Pitam
  • Sawan
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak

Sakit dada atau pedih ulu hati pula boleh disebabkan oleh:

Anda dinasihatkan untuk:

  • Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
  • Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
  • Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 30 2020 06:37:43 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Asid Refluks dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Gerd.. Anxiety.. Panik dan ulser Sy wanita 38thn sy ada gerd… Anxiety dan panik… Baru2 ini sy deman 37.8. Flu…batuk…dlm masa yg sama d sertai ulser d lidah… Ada begkak area ulser lepas tu sy terus berfikir adakah ini kanser ka … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Kepala berdenyut dan pedih hulu hati Saya lelaki 39 thn.bahagian belakang sebelah kiri kerap sangat berdenyut.dan sekarang ni pulak hulu hati saya rasa pedih…bila saya telan makanan akan rasa sakit dari tekak ke bulu hati.rasa maca… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Gerd sukar bernafas ,mengganggu waktu tidur kkrn angin x lepas Wanita umur 42 tahun baru mengalami GRD…sukar tidur sebabangin tidak lepas… telah mendapatkm rwtan dr klinik 2hari lepas Baca lagi...
48 hari
Sulit
Masalah dengan ubat gerd yg diberi hospital Saya mengalami sakit tekak dan didiagnos gerd dan telah diberi controloc 40mg selama 14 hari…tetapi tiada apa2 perubahan…selepas itu sy telah pergi semula ke hospital dan diberi lagi ubat contro… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Gatal tekak, batuk dan pedih ulu hati Saya wanita 31tahun. Hari sabtu hari tu saya ada selesema, jadi sy makan ubat cetirizine. Lepas tu selesema hilang, tapi selepas itu ada batuk dan tak sedap tekak. Rasa ada kahak tapi tak keluar… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi