Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kepala sakit dri hidung menjalar ke leher

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 19, 2020 6:18 AM

Sulit 31 hari

Hai,sejak dua tiga hari ni kepala belah kanan saya sakit dari hidung,belakang telinga hingga ke leher. Rasa berdenyut dan sakit.
Kenapa ye? Apa patut saya lakukan?

Dr Ramzdhan 31 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.

  • migrain
  • sakit kepala berkelompok
  • sakit kepala tension

Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti

  • glaukoma
  • sinusitis
  • jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
  • darah tinggi
  • rabun mata
  • trauma
  • kanser otak

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Dikemaskini pada: Sat Sep 19 2020 06:18:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sy kerap sakit kepala…sakit 1 kepala Sy kerap sakit kepala…setiap hari sakit kepala dtg serang 1 kepala…kadang2 rasa loya…ape perlu sy buat dktr Baca lagi...
8 hari
Sulit
Sakit kepala dan kebas tangan Hi, saya berumur 26 tahun dan memakai cermin mata. Saya selalu sakit kepala di bahagian dahi dan kebas tangan pada masa yang sama. Namun sakit kepala dan rasa kebas tersebut akan hilang dengan s… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Resdung Dan Sakit Kepala Saya seorang wanita 29 tahun , Saya mengalami berdarah hidung sebulan yang lepas setelah bersin dengan banyak kali. Selepas berdarah hidung saya terus diserang sakit kepala dibahagian dahi. Adak… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Sya kerap sakit kepala….dah 1bln lebih Sy kerap sakit kepala…dah nk masuk 1 bln lebih…tpi bila mkn ubat tahan sakit…kurang…lpz tu sakit dtg balik…sebulan lebih mcm ni…ape yg perlu sy buat dktr…kadang2 sakit yg teramat sgt…ape yg perl… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Kepala saya selalu sakit sebelah Saya wanita berusia 23 tahun, saya kerap mengalami sakit kepala sebelah kanan ataupun kiri akan berdenyut dalam 3 saat dan hilang, berulang dalam masa 1 ke 2 minit, kadang2 berdenyut di bahagian… Baca lagi...
5 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!