Sulit
4 tahun
Kepedihan dikawasan kemaluan sehingga mengganggu aktiviti seharian
Saya mengalami kepedihan dikawasan zakar dan ianya kerap terjadi apabila tersentuh…merah kebiruan sedikit di pangkal kepala zakar seprti ekzema dan sudah mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea atau sifilis
- Radang kulit di sekitar kawasan kemaluan
- Gangguan saluran darah ke kawasan kemaluan
- Radang testis (orchitis)
- Kecederaan pada zakar
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah sebenar anda berdasarkan soalan yang diberikan sahaja kerana lebih banyak maklumat diperlukan.Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































