Anonymous
4 tahun
Keputihan aneh selepas bersama suami
Saya wanita berumur 28 tahun yg baru sahaja berkahwin 6 bulan lalu. Kebelakangan ini saya mengalami masalah keputihan yg berwarna coklat kehitaman setiap kali lepas bersama dengan suami. Boleh saya tahu apa puncanya. Sebab sebelum bersama, saya tak mengalami masalah keputihan sebegitu.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Keputihan fisiologi yang normal
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai masalah puan, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.