Sulit
4 tahun
Keputihan ketulan putih
saya berusia 21 tahun dan sudah berkahwin. tetapi saya jarang membuat hubungan seks kerana kami berjauhan…tetapi bru2 ni terdapat ketulan putih dalam rahim saya…apakah tu doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan maklumat yang anda berikan. Bagaimana anda melihat ketulan putih di dalam rahim anda? Adakah doktor yang merawat anda yang memaklumkannya? Hal ini kerana rahim merupakan organ di dalam abdomen dan tidak boleh di lihat dengan mata kasar.
Maka, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.