Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keputihan selepas period

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 1:34 AM

Sulit 58 hari

Selepas saja period keputihan yang bewarna coklat selalu ada. Adakah ianya normal? Dan kenapa keputihan yang ada lendiran darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 58 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Pendarahan implantasi kehamilan

  • Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi

  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak

  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim

  • Perimenopaus

  • Tisu endometrium

  • Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 01:34:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Pendarahan Coklat dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Haid darah berketul assalamualaikum , saya berumur 19 tahun dan baru habis berpantang selama 40 hari dan saya telah datang haid semula selepas habis darah nifas, sepanjang saya period, banyak keluar ketulan darah. … Baca lagi...
25 hari
Sulit
Warna hitam keluar dari qubul subuh Dikira haid jugak ke sebab pagi tkdi (subuh) saya ade kedatangan warna hitam yang keluar dari qubul saya. Lepas tu saya check balik pukul11 dah ksong tkkde ppape. Kira haid jugak ke?? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Keputihan selepas period Selepas saja period keputihan yang bewarna coklat selalu ada. Adakah ianya normal? Dan kenapa keputihan yang ada lendiran darah? Baca lagi...
58 hari
Sulit
Sakit bawah perut dan brlaku pncairan darah Saya selasai datang haid,nmun stelah itu dlm 3 hri sy mengalami sakit bawah perut seperti sengugut… Tak lma kmudian telah keluar cairan coklat putih cmpur darah… Ini sangat merisaukn kerana baru… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Darah haid hitam selama 3 hari Saya wanita berusia 23 thn dan sudah berkahwin…saya mengalami darah haid hitam pada awal haid selama 3 hari…selepas itu haid dtang bnyak selpas pada haritu Baca lagi...
32 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi