Sulit
3 tahun
Keputihan warna kekuningan dan berbau hamis
Assalamualaikum doc. Saya berumur 16tahun dan sudah berkahwin… Dahulu semasa umur saya 15tahun keputihan saya jadi warna kekuningan,berbau hamis dan gatal… sampai suami saya tegur bau tidak sedap doc… tapi sekarang keputihan saya sudah tiada kerana saya memakai pencuci vagina yang dapat menghilangkan segala keputihan dan bau hamis itu… adakah cara saya ini berbahaya doc…cuba terangkan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Bacterial vaginosis
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Vaginitis
- Cervicitis
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas dan maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca masalah yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala yang dialami oleh anda memerlukan perhatian dengan segera.
Kami tidak menggalakkan anda mencuci faraj anda menggunakan sabun dengan terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu kesuburan di kawasan tersebut dan mengganggu sel-sel yang berfungsi untuk mengawal kebersihan dan pH faraj. Basuh dengan air sahaja sudah memadai.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.