
Sulit
5 tahun
Kerap berak najis lembik berair
Dalam setahun lebih nie . Saya kerap berak sehari 6,7 kali rasa macam tidak puas berak & tidak selasa macam nak pi berak lagi . Bila berak lendir keluar banyak & najis jadi lembik berair . Setahun lebih dah macam nie . Kenapa ya doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berlendir boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Jangkitan pada usus
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.