
arrazainuddin
4 tahun
Kerap demam,kahak dan selsema bercampur darah
Sya wanita berusia 28 thun.sudah berkhawin…sya kerap demam blh dkatakn stiap bln dan agak lbih dr smgu…sya juga mgalami sakit2 sendi stiap kali demam…bru2 nie sya mgalami demam,sakit sendi,kuku mula mrekah,selsema dan kahak bcmpur darah.boleh doktor terangkn apa masalah kesihatan sya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Secara umumnya, demam anda mungkin disebabkan oleh beberapa penyakit di bawah:
- Jangkitan virus atau bakteria seperti penyakit tibi atau sinusitis. Jika anda dijangkiti tibi, anda berkemungkinan besar mengalami demam yang lebih teruk waktu malam, demam menggigil dan berpeluh-peluh, batuk berkahak serta keturunan berat badan. Tibi memerlukan rawatan dengan beberapa jenis ubat selama 6 hingga 12 bulan. Sinusitis adalah satu kemungkinan bagi simptom yang anda alami kerana penyakit ini boleh menyebabkan sakit sebelah kepala yang mungkin membawa sensasi pening. Rawatan yang dapat membantu ialah ubat antibiotik.
- Penyakit kelamin seperti HIV juga boleh menyebabkan demam berlarutan. Seseorang yang mengamalkan seks bebas dan hubungan kelamin tanpa perlindungan berisiko tinggi dijangkiti HIV. Rawatan yang berkesan ada tetapi berpanjangan.
- Penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid, systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD). Bagi penyakit-penyakit ini, anda berkemungkinan besar akan mengalami simptom-simptom lain seperti cirit, sakit sendi dan kemunculan ruam. Rawatan yang diberi biasanya adalah untuk mengawal sistem imun pesakit-pesakit yang terjejas.
- Sebab demam yang lain seperti reaksi terhadap sesetengah ubat.
Oleh sebab rawatan bagi setiap kondisi di atas berbeza-beza, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian yang lebih lanjut supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan secepat mungkin. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Sekian, Harap membantu.