Sulit
4 tahun
Kerap kencing dan kencing tidak lawas
Sya ahmad berumur 26 thun
Sya mngalami kerap kncing
Sya dh buat urinary test n scan
Dr ckp xda msalah
Tapi masih kerap kncing
Apakh ini simtom prostat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, keluhan kerap kencing itu adalah agak subjektif. Adalah membantu sekiranya anda dapat merekodkan kuantiti dan jenis minuman, serta jam-jam kekerapan anda buang air kecil serta kuantiti air kencing agar dapat membantu doktor anda dalam mendiagnosis penyakit. Untuk makluman anda, kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.