Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap pening dan loya

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 21, 2021 3:52 PM

Sulit 43 hari

Saya perempuan berumur 17 tahun . saya kerap berasa sakit kepala dan loya apabila saya berfikir . adakah ini kerana saya stress ? baru baru ini saya menjalankan ujian DASS secara talian di portal kkm johor dan mendapati keputusan sangat teruk seperti sebelum nya . apakah patut saya lakukan ?

Dr Sashini Seeni 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.

  • migrain
  • sakit kepala berkelompok
  • sakit kepala tension

Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti

  • glaukoma
  • sinusitis
  • jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
  • darah tinggi
  • rabun mata
  • trauma
  • kanser otak

Migrain adalah sejenis sakit kepala yang biasanya terjadi pada satu belah kepala sahaja.Sebab utama migrain terjadi masih tidak diketahui lagi, namun ia dikaitkan dengan beberapa pencetus yang menyebabkan sakit kepala ini. Antaranya adalah stres, keletihan, makanan atau minuman tertentu, atau sebelum datang haid.

Migrain terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
-Migrain dengan ‘aura’ - apabila tanda amaran tertentu terjadi sebelum migrain bermula, seperti cahaya bersinar-sinar
-Migrain tanpa ‘aura’ - migrain yang paling biasa dialami di mana migrain terjadi tanpa sebarang tanda amaran tertentu
-Migrain ‘aura’ tanpa sakit kepala - juga dikenali sebagai ‘migrain senyap’ di mana ‘aura’ atau simptom lain migrain terjadi tetapi sakit kepala tidak terjadi.

Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lebih lanjut adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.

Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Dikemaskini pada: Thu Oct 21 2021 15:52:41 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Neurologi tentang pening kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19