Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap terasa sakit pada bahagian ari-ari

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 19, 2021 4:58 PM

Sulit 3 bulan

Salam sejahtera. Saya remaja berumur 15 tahun. Saya Kerap sakit pada bahagian ari-ari. Namun, kitaran haid dan keputihan saya normal shj. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pada ari-ari. Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Penyakit keradangan pelvik
  • Appendisitis kronik
  • Sembelit
  • Penyakit keradangan usus
  • Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
  • Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.

Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .

Dikemaskini pada: Sat Jun 19 2021 16:58:31 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19