Sulit
5 tahun
Kesan pil perancang
Hi doctor
Saya berusia 30 tahun… saya telah mengambil pil perancang yasmin selama 5 tahun dan pada thn ini 14 January saya telah berhenti mengambilnya kerana bercadang utk hamil semula… pada 14 February saya telah period dlm kuantiti normal dan mengalami senggugut teruk seperti biasa… namun saya period hanya sehari shaja dan mulai 15/2 sehingga hari ini 17/2 tiada period langsung… adakah keadaan ini normal bg wanita yang berhenti mengambil pil perancang…kitaran period saya 27 hari setiap bulan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setelah berhenti pil perancang, anda memang boleh mengalami haid yang tidak teratur. Ia akan mengambil masa untuk period anda kembali ke normal bagi sesetengah orang. Namun, sekiranya perkara ini berlarutan, anda disarankan ke pakar wanita untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































