Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan postinor pada badan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 31, 2020 4:22 AM

Sulit 2 bulan

Boleh saya tahu kesan postinor selepas pengambilan dan adakah normal?

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan secara kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek sampingan yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.

Berdasarkan penelitian, dapat dianggarkan bahawa Postinor-2 dapat menghalang 85% kehamilan. 95% kehamilan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama. Akan tetapi, efektivitas akan menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan yang tidak dilindungi.

Berkenaan dengan masalah haid lewat yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap. Sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi, kami memerlukan maklumat lanjut tentang rutin kitaran haid puan.

Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

Dikemaskini pada: Fri Jul 31 2020 04:22:35 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kesan postinor kepada period Hi doc, saya nak tanya. Contohnya this one person had sex today and then she consumed postinor but lusa dia had sex lagi and took postinor again. Apa effect dia ya? And period cycle dia jadi mac… Baca lagi...
36 hari
Sulit
Boleh doktor terangkan cara untuk makan pil perancang. Saya pertama kali menggunakan pil perancang dan kurang faham bagaimana cara untuk menggunakannya Saya baru sahaja berkahein dan sedang merancang bersama suami. Saya ada menggunakan pil perancang. Sudah hampir 1 papan bermula hari pertama period tenpoh hari dan akan menggunakan untuk bulan y… Baca lagi...
23 hari
Sulit
Cara pengambilan ubat ubatan Saya berumur 19 tahun, saya mengamalkan evening primrose oil, dalam masa yang sama, saya nak ambil noresthisterone. Apakah yang perlu saya buat ? Adakah saya perlu berhenti mengamalkan EPO atau … Baca lagi...
4 hari
Sulit
Cara makan pil perancang diane35 Saya wanita berumur 25 tahun. Saya nak tanya boleh tak kalau saya makn pil perancang pada Hari kesepuluh period.adakh selamat sekiranya say berhubungan dengan suami dalam tempoh selepas 7 Hari m… Baca lagi...
20 hari
Sulit
Perlu ke saya ambil postinor 2? Doktor. Saya terlewat memulakan pil perancang selama seminggu selepas habis period. Dalam tempoh 7 hari saya bersama dengan memakai kondom. Selepas itu saya mula ambil pil perancang pada ahad la… Baca lagi...
43 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15