
Sulit
3 tahun
Kilang telur ovary kiri kecil tetapi bahagian telur kanan normal. Adakah pcos
Hai saya wanita 20 an baru berkahwin 6 bulan. Saya mengalami period tak teratur dan saya pernah lakukan scan dan doktor bagitahu kilang telur saya bahagian kiri kecil tetapi bahagian belah kanan tidak kecil. Adakah saya mengidap pcos? Saya sudah lewat haid 2 bulan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah period tidak teratur anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Fibroid dalam rahim
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk masalah telur ovary bahagian kiri lebih kecil berbanding telur ovary bahagian kanan, ia boleh jadi PCOS atau masalah lain. Hal ini adalah disebabkan jika anda mengalami PCOS, anda akan mengalami gejala2 dari PCOS dan jika melalui imbasan ultrasound akan menunjukkan lebih dari 8 sista dalam satu ovari yang bersaiz kurang dari 10mm atau penambahan dalam stroma ovari.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan