
Sulit
4 tahun
Kulit kemerahan di peha
Saya wanita berumur 22 tahun. Kulit pada bahagian celah kangkang saya beearna merah kerana sangat kerap melecet. Apakah yang perlu saya buat untuk memulihkan kembali kukit pada kawasan tersebut? Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kulit paha melecet merupakan salah satu masalah kulit paha yang lazim. Anda akan menyedari kulit di celah paha anda merah dan mungkin ada lepuh (blister) yang pedih. Ketika kulit yang melecet sedang sembuh, anda mungkin merasa gatal di bahagian kulit tersebut. Anda disarankan untuk tidak menggaru kulit anda agar ia tidak berdarah.
Anda boleh mengelak lecetan kulit di paha dengan beberapa cara seperti yang berikut:
- pakai seluar yang longgar dan kain seperti spandex dan poliester yang kurang menyerap peluh
- keringkan paha anda dengan kerap apabila berpeluh
- sapu bedak di bahagian celah paha sebelum keluar
- sapu losyen atau vaseline untuk mengurangkan geseran dan mengelakkan kulit kering
- kerap minum air supaya suhu badan sentiasa rendah
- ganti pakaian sejurus selepas berpeluh
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.