
Sulit
4 tahun
Kulit mengelupas celah kelangkang tetapi tidak gatal
salam, hi
saya mempunyai masalah kulit mengelupas celah kelangkang secara bertompok tetapi tidak gatal.
Boleh doc cadangkan ubat yang sesuai untuk merawat masalah ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan maklumat diatas, kami memahami gejala yang anda hadapi dan kami mampu memberi beberapa penjelasan mengenai masalah anda.
Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai masalah anda seperti saiz, warna kulit bentuk, jantina dan juga simptom-simptom umum yang lain seperti demam dan berpeluh malam.
Antara sebab-sebab yang boleh diandaikan sebagai punca kepada masalah anda ialah:
- Jangkitan fungus (Jock Itch) : Area lipatan kulit seperti ketiak, celah kangkang
- Jangkitan HPV (Human Papillo Virus)
- Penyakit Kelamin (STD) : Gonorrhea, HPV
- Psoriasis
- Penyakit yang merosotkan sistem imun badan seperti diabetes dan SLE (systemic lupus erythematous)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.