
Sulit
3 tahun
Kulit zakar kering dan mengelupas
Hello doktor, kulit zakar saya kering dan mengelupas. Adakah ia berpunca dari sabun mandi yg saya pakai? Buat masa sekarang apabila kulit zakar kering dan gatal, saya hanya guna petroleum vaseline dan sapu area kepala zakar. adakah vaseline boleh digunakan atau ada ubat yang sesuai digunakan untuk menghilangkan kulit zakar kering dan gatal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kesan alahan pada sabun atau pakaian
- Kebersihan yang kurang memuaskan
- Kecederaan pada kemaluan
- Jangkitan
Selain itu, vaseline adalah sapuan pelembap, boleh diguna untuk mengurangkan gejala anda.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.