
Sulit
4 tahun
Lambat period selama 17 hari
selamat sejahtera doktor… saya hendak memberi tahu dan hendak bertanya. saya lambat period sekarang sudah 17 hari sudag belum period. sudah 2 kali check pregnancy test tetapi keputusan negetif. apa kah penyebab nya? apakah disebabkan permakanan atau faktor lain??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang akan melambatkan haid, Antaranya ialah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih