Sulit
3 tahun
Leher saya akan rasa gatal bila saya peluh
Bila saya peluh dia akan rasa kegatalan di leher saya dan akan jadi kubis hitam dan rasa gatal sangat . Macam nak hilangkan nyaa
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan adalah tidak lengkap. Masalah anda iaitu kudis di leher dan selalu berasa gatal mungkin disebabkan oleh:
Terdapat beberapa jenis penyakit kulit yang boleh terjadi dalam situasi ini, antaranya:
- Kudis Api (Impetigo)
- Kudis Buta (Scabies)
- Kurap
Kebiasaanya, bagi kes yang lebih ringan, krim antibiotik akan diberi namun, bagi kes yang lebih serius, ubat antibiotik makan akan diberi untuk membunuh kuman yang telah merebak ke seluruh badan. Antibiotik ini berperanan untuk membasmi bakteria supaya kudis boleh sembuh dengan cepat.
Selain itu, langkah pencegahan bagi masalah ini adalah
- Sentiasa membasuh anggota badan
- Mencuci pakaian atau tuala pesakit dengan air suhu lebih tinggi dan elakkan perkongsian dengan orang lain.
- Pakai sarung tangan semasa menyapu krim antibiotik atas kudis.
- Pastikan kuku selalu pendek
- Elakkan dari menggaru kerana ia akan memburukkan keadaan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.