Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lemah tenaga batin n sakit jantung

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Januari 13, 2021 1:14 AM

Sulit 7 hari

Saya ade masalah cepat pancut,boleh ke sy makan ubat dapoxetine untuk sy lambat pancut dalam masa yg sama saya ade masalah jantung (unstable angina)

Dr Sashini Seeni 7 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, masalah cepat pancut dikenali sebagai ejakulasi pramatang. Terdapat beberapa penyebab kepada masalah ini.

  • Untuk jenis yang pertama iaitu ejakulasi pramatang primari , pesakit tidak dapat mengawal pancutan atau ejakulasi sepanjang hidupnya. Ia disebabkan oleh faktor keturunan atau masalah yang melibatkan gangguan di dalam sistem saraf.
  • Jenis yang kedua pula adalah kerana penyakit lain yang dihadapi lelaki .
  • Antaranya adalah:
    • kadar hormon tiroid di dalam badan menjadi tinggi (hipertiroidisma)
    • radang pada organ prostat
    • masalah yang berhubung kait dengan psikologi seperti tekanan dan keretakan di dalam perhubungan dengan pasangan

Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

Bagi merawat masalah ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana ubat-ubatan tersebut memerlukan preskripsi daripada doktor, terutamanya jika anda mempunyai masalah jantung. Pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ubat-ubatan yang digunakan untuk ejakulasi pramatang berfungsi mengurangkan sensitiviti zakar anda ataupun melambatkan proses orgasma seseorang lelaki.

Oleh itu, untuk mendapatkan rawatan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Dikemaskini pada: Wed Jan 13 2021 01:14:30 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang ejakulasi pramatang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Adakah zakar saya bermasalah? Cepat pancut. Tegang dan kenudian menurun semula Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Lemah tenaga batin dan sakit jantung unstable angina Sy ade masalah lemah tenaga batin maksud sy,sy cepat pancut boleh x sy nk guna ezerex walaupun sy ade masalah unstable angina doctor Baca lagi...
14 hari
Sulit
Lemah tenaga batin dan cepat klimak Cepat klimak dan sangat memalukan dan menjadi tekanan setiap kali bila memikirkan bila kahwin nanti. Tak sampai seminit sudah keluar atau 2 hingga 5 kali henjutan dah sampai Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Masalah sexual pramatang Sy ada mslah kepala zakar terlalu sensitif , ada cara atau ubat utk sy kurangkn sensitif ni ? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Masalah cepat pancut atau tak tahan lama Sy baru berkahwin tapi ada alamai masalah cepat pancut…ada ubat atau krim yg doktor boleh cadangkan utk atasi masalah cepat pancut tak Baca lagi...
3 bulan