Ejakulasi Pramatang

Bagaimana Merawat Ejakulasi Pramatang (Cepat Pancut)

Baca Soalan

  • Menurut kajian Drug Discovery 2016, mereka mendapati bahawa sebanyak 20-30% lelaki mempunyai ejakulasi pramatang. Ejakulasi pramatang merupakan isu yang memalukan dalam kalangan lelaki yang jarang dibincangkan.
  • Ia boleh menjejaskan hubungan anda dengan pasangan dan juga keyakinan diri sendiri sekiranya masalah ini tidak dirawati. Sebelum anda mengetahui cara merawat pancut awal, anda perlu tahu bahawa kebanyakkan ejakulasi pramatang berunsur psikologikal.
  • Ejakulasi pramatang juga boleh disebabkan oleh faktor fizikal seperti diabetes ataupun darah tinggi. Oleh itu, secara amnya, rawatan bagi ejakulasi pramatang boleh diklasifikasikan kepada rawatan dengan ubat-ubatan dan rawatan tanpa ubatan.

Rawatan dengan ubat-ubatan :

  • Ubat-ubatan yang digunakan untuk ejakulasi pramatang berfungsi mengurangkan sensitiviti zakar anda ataupun melambatkan proses orgasma seseorang lelaki.
  • Ubat anestetik topikal
    • Ia boleh datang dalam bentuk krim ataupun semburan yang menyebabkan kebas pada zakar anda. Ubatan jenis ini merangkumi benzocaine, lidocaine dan prilocaine. Ia selalunya digunakan lebih kurang 10-15 minit sebelum hubungan seks anda untuk memberikan kesan yang memuaskan.
    • Sesetengah krim ataupun semburan ini terdapat dalam farmasi ataupun perlu didapati daripada doktor anda. Secara amnya, ubat ini adalah selamat untuk digunakan tetapi terdapat kesan sampingan bagi sesetengah orang seperti kekurangan keseronokan seksual.
  • Ubat makan 
    • Contoh ubat ini termasuk phosphodiesterase-5-inhibitors(sildenafil- Viagra) , antidepressant (SSRIs) dan analgesik (tramadol). Uba-ubat ini melambatkan proses orgasma dan mengatasi masalah ejakulasi pramatang.
    • Semua ubat ini hanya boleh digunakan dengan preskripsi doktor anda.

Rawatan tanpa ubatan :

  • Cara mengatasi pancut awal tanpa ubatan termasuk kaunseling, senaman tertentu, kondom dan teknik yang digunakan semasa hubungan seks.
  • Rawatan ini adalah disyorkan oleh doktor anda sebelum pengambilan ubat sekiranya rawatan ini tidak berguna.
  • Kaunselling
    • Sesi kaunselling dapat membantu anda mengurangkan kegelisahan ketika mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Ia juga memberikan anda cara-cara untuk menangani stres dan membantu memperbaiki hubungan anda dengan pasangan anda.
    • Kebanyakkan orang yang mempunyai ejakulasi pramatang akan berasa kecewa dan bersalah kerana tidak dapat memuaskan pasangan mereka. Masalah ini perlu dibincang dan diselesaikan secara terbuka.
  • Senaman otot pelvik 
    • Senaman ini membantu menguatkan otot dalam pelvik anda untuk memperbaiki masalah ejakulasi pramatang. Senaman ini juga dipanggil Kegel exercise.
    • Ia memerlukan teknik yang betul dan penggunaan cara yang sistematik.
  • Teknik jeda-pegang 
    • Teknik ini boleh digunakan semasa hubungan seks anda. Ia memerlukan kesefahaman antara anda dengan pasangan untuk mencapai objektifnya.
    • Konsepnya adalah berhenti sejenak sebelum datangnya orgasma anda dengan memegang zakar anda supaya ejakulasi tidak berlaku. Proses ini perlu dilakukan secara berulang supaya anda boleh mengawal ejakulasi anda.
  • Kondom 
    • Penggunaan kondom ini juga boleh mengurangkan sensitiviti zakar anda semasa hubungan seks. Hal sedemikian boleh membantu mengatasi ejakulasi pramatang.
    • Kondom boleh dibeli di farmasi ataupun pasar raya yang terdekat. Pada masa yang sama, kondom merupakan alat kontraseptif yang efektif.

Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang rawatan ejakulasi pramatang, sila berbincang dengan doktor anda untuk informasi yang lebih lanjut.

Perlu Bantuan?