Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lengan selalu berasa sejuk

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 25, 2020 4:20 AM

Sulit 45 hari

Hi, saya pemuda berusia 22 tahun . Saya nak tanya , saya sering mengalami rasa sejuk pada kedua belah lengan saya seperti sedang demam . Walhal tidak demam . Mungkin simptom lain yg dialami, kadangkala berpeluh pd tangan dan kaki, dan tumbuh ruam pada bahagian belakang badan . Apakah simptom penyakit yg ditunjukkan ?

Dr Sashini Seeni 45 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan. Peluh ini boleh berlaku dalam situasi yang tidak biasa, seperti cuaca sejuk, atau tanpa pencetus sama sekali.

Peluh yang berlebihan yang dikaitkan dengan hiperhidrosis biasanya paling aktif di tangan, kaki, ketiak, dan pangkal paha kerana konsentrasi kelenjar peluh yang agak tinggi. Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:

  • Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas. Sebagai contoh, hiperhidrosis palmoplantar adalah peluh yang berlebihan pada tapak tangan dan tapak kaki.
  • Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat. Hiperhidrosis mungkin wujud sejak lahir atau mungkin berkembang di kemudian hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes peluh berlebihan cenderung bermula semasa tahun remaja.

Terdapat banyak kemungkinan bagi masalah ruam merah. Antaranya:

  • Heat rash
  • Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
  • Penyakit sopak garam iaitu urticaria
  • Penyakit vasculitis
  • Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
  • Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
  • Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 25 2020 04:20:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
hairi_fly160
Gatal muka sehingga kemerahan bila disentuh seperti benda bergerak jd gatal berjalan di muka Saya lelaki berumur 27 tahun.Saya Ada terasa benda bergerak pada bahagian muka kekadang I berjalan Sana sini Dan apabila Saya menyentuh semasa benda it berjalan terus Dan gatal terus say sentuh sikit … Baca lagi...
28 hari
Sulit
Bisul pada kelopak mata boleh tk nak tnya mcm mna nk hilangkan bisul d kelopak mata saya? hritu ada bejumpa dngn doktor dan telah diberi antibiotik dan ubat bengkak. terima kasih Baca lagi...
4 hari
Sulit
Bekas kudis yg menghitam Saya wanita berumur 23 tahun . Saya mempunyai bekas kudis yg menghitam di bahagian kaki berpunca daripada demam campak semasa saya berumur 17tahun . Bagaimanakah cara untuk menghilang kannya Baca lagi...
2 hari
Sulit
Luka di kulit Sebesar kuku jari kelingking seperti melecur Saya ada mendapati di kulit saya bahagian badan bawah ketiak ade luka seperti terbakar. Rasanya sebelum jadi luka sebesar kuku jari kelingking, ada ruam. Biasanya, kenapakah masalah ini terjadi … Baca lagi...
13 hari
Sulit
Benjolan biji kecil di bawah ketiak Hello doktor … sy nak tnya … di bawah ketiak sy terasa ada benjolan kecil dan keras … tidak sakit … sblum ini benjolan tu tak ada … tpi lepas saya mencukur 3 ari lepas baru sy perasan ada benjol… Baca lagi...
12 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi