Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lengan Tangan ( Bentuk L) bintik merah

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 9:30 AM

Sulit 43 hari

Saya lelaki umur 19 tahun dan telah dapati lengan tangan ( yang selalu ambil darah area sana) bintik merah 3 or 4 biji dgn tak gatal dan kelihatan tgh2 putih… bila nk pecahkan x de apa2…dan tak gatal n sentuh ada rasa sakit. sudah 1 minggu. Adakah kr ni sifilis sbb sye prnh laku sex. Dgn org dan telah hiv test kit negatif. Mohon bantu

Dr Sri Viknarajan 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik-bintik merah di lengan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • jangkitan sifilis
  • herpes
  • akibatan erupsi ubat
  • trauma akibat pergerakan semasa aktiviti seksual dan lain-lain
  • penyakit autoimun seperti psoriasis ataupun Behcet

Penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.

Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas dari sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.

Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.

Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.

Untuk mengetahui ubat mana yang sesuai, dos dan kos sila ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Selain itu juga anda dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seksual untuk sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran sifilis.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Untuk mengenal pasti punca simptom yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 09:30:38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang sifilis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sifilis dan tiada apa apa tanda selain sakit tekak Saya lelaki 21tahun trlibat dengan hubungan lelaki brsama lelaki ingin bertanya Bacaan darah untuk RPR 1:64 DAN TTPA DETECTED ADAKAH IA SUDAH DI TAHAP BAHAYA Baca lagi...
30 hari
Sulit
Kehamilan awal & penyakit kelamin Selamat sejahtera Dr, Suami saya disahkan menghidap sifilis dan telah menjalani rawatan. Pemeriksaan terkini VDRL menunjukkan penurunan yang ketara dari bacaan 1:64 menjadi 1:16. Suami juga tel… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sifilis dan hubungan kelamin Selamat sejahtera Dr. Saya ada beberapa persoalan untuk diajukan. Saya disahkan menghidap sifilis dan telah mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, selepas itu muncul seperti ‘kurap’ di celah kedua-d… Baca lagi...
11 bulan
Sulit
Gatal2 di kawasan lengan Hi, saya berumur 36 dah telah pun di diagnos menghidapi penyakit sifilis dgn bacaan result darah 256. Doktor telah pun memberikan sy suntikan pd hari sy terima keputusan darah tersebut (julai 20… Baca lagi...
14 bulan