
Sulit
4 tahun
Lewat datang haid 10 hari. pada hari keberapa paling sesuai untuk buat upt
Saya sudah lewat datang haid selama 10 hari. Sudah membuat UPT dirumah result negative.Sebelum ni period saya teratur. adakah saya perlu tunggu lagi beberapa baru boleh buat UPT?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Namun, haid lewat juga boleh disebabkan beberapa faktor selain kehamilan, seperti:
- Ketidakseimbangan hormon -dipengaruhi pelbagai faktor seperti stress
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mngetahui punca sebenar masalah, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!