Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lewat datang haid keluar flek darah

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 1:14 PM

Sulit 42 hari

Saya wanita 21’an saya lewat haid 2 hari .esok bercak darah selama 3hari namun berhenti muncul lagi bercak darah pada esok malam… Tetapi saya test pack negatif… Ada ka saya hamil atau datang haid?

Dr Sri Viknarajan 42 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya ialah:

  • masalah gaya hidup
    -tekanan stres
    -masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
    -senaman yang terlalu banyak
    -kelebihan berat badan atau obesiti
  • kehamilan
  • masalah dengan rahim, ovari atau faraj
  • kontraseptif
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.

Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.

Penyebab negatif upt:

  • Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
  • Kerosakan alat ujian kehamilan
  • Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
  • Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
  • Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Tanpa maklumat yang lebih lengkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan.

Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 13:14:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Kesan asid folid lambat dapat period atau tidak Lagi 3 bulan saya akan berkahwin. Saya ambik asid folid. Tapi lepas amalkan asid folid period saya lambat datang. Bulan ni tak datang period lagi. Setiap bulan selalu nya period saya teratur. Ta… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Masalah belum datang haid Saya perempuan berumur 19 tahun dan last habis period pada 26/10. Kalau ikutkan datang haid lagi masa 22/11 atau hari ini tetapi masih belum datang. Baca lagi...
6 hari
Sulit
Tidak datang period selama sebulan Saya Berumur 20 tahun dan saya sudah sebulan tidak period Baca lagi...
7 hari
Sulit
Praid lewat 7 minggu dan keluar ketulan isi bersama ketulan darah Praid saya lewet 7 minggu.bila datang praid keluar ketulan isi bersama ketulan darah.ketulan isi itu sebesar 3 jari .saya ke klinik untuk pemeriksaan.dan dr telah membuat pregnent test tetapi ne… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Haid tak datang lebih 9 bulan Saya wanita berumur 23 tahun…saya tak datang haid dalam lebih 9 bulan sedangakn saya tak mengandung pun boleh saya tau apa punca dia? Saya sangat takut…adakah ia sangat berbhaya Baca lagi...
10 hari