Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lewat datang haid sudah 2 bulan. upt negatif dah 2 kali

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 12:58 PM

Sulit 23 hari

saya tidak mempunyai sakit aoe². cume lewat datang haid 2bulan dah 64hari… saya cek upt negatif… apakah agaknya. saya berumur 28 thun… an thunak dua org last 6thun… suami 41 thun…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 23 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain dari kehamilan. Antaranya:

  • Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.

  • Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.

  • Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.

  • Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.

  • Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 12:58:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Haid Lewat dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Haid saya datang lambat bulan ni Apakah punca haid saya datang lambat pada bulan ni?..sepatutnya haid saya datang pada 2/7 tetapi 5/7 baru datang apakah puncanya? Baca lagi...
32 hari
Sulit
Haid lambat 16 hari tp test ngatif Saya berumur 21 tahun. Selama ini haid sy teratur. Setelah bbrpa bln bkhwin. Ini kali pertma haid sy lmbat… Lmbat 16 hari. Sy sudah mlakukn pregnant test dan 3 kali ngatif. Adakh ini bbhy?? … Baca lagi...
18 hari
Sulit
Lambat period 5 hari Saya masih bujang, lambat period 5 hari. Saya ada buat senaman dan diet secara drastik. Adakah sebab itu lambat nya period saya? Baca lagi...
17 hari
Sulit
Saya belum datang uzur sudah lambat 34 hari Saya berumur 17 thun tetapi sudah brapa bulan ini belum datang uzur. Last saya uzur pada 01/05/2020 tetapi sampai sekarang belum uzur lagi. Uzur saya sudah lewat 34 hari Baca lagi...
31 hari
Sulit
Tentang kehamilan saya saya wanita berumur 18 tahun dan saya tidak mengalami haid 5 hari selepas tarikh yang diramalkan akan tetapi ketika berhubungan seks dengan suami suami tidak pancut dalam adakah saya hamil doc t… Baca lagi...
3 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi